fb fb fb fb fb

Presiden Afrika Selatan tekankan ajaran Mandela dalam dialog Zelenskiy

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa (kiri) dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kanan) / Foto Reuters

WASHINGTON, 22 Mei – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai pertemuannya dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, yang diadakan pada April lalu.

Perkara itu disampaikan Ramaphosa semasa lawatan rasminya ke White House pada Rabu, di mana beliau menjelaskan usaha Afrika Selatan dalam memainkan peranan aktif ke arah mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Ramaphosa, dalam pertemuannya bersama Zelenskiy, beliau berkongsi tentang pendekatan keamanan berasaskan ajaran dan legasi bekas Presiden Nelson Mandela.

Beliau turut menggesa pemimpin Ukraine itu agar bersedia untuk mengadakan rundingan damai “tanpa syarat” dengan Rusia.

Difahamkan, sebelum ini Presiden Rusia, Vladimir Putin, turut mengadakan perbualan telefon bersama Ramaphosa pada bulan April bagi membincangkan perkembangan konflik yang sedang berlaku.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN