fb fb fb fb fb

Populasi Jepun menurun, kependudukan warga asing meningkat

(FOTO HIASAN / REUTERS)

TOKYO, 26 Julai- Populasi penduduk Jepun dilaporkan berkurangan pada kadar terpantas manakala bilangan penduduk asing meningkat kepada hampir 3 juta orang,menurut data kerajaan pada Rabu.

Data tersebut menggariskan, warga asing memainkan peranan yang lebih besar dalam masyarakat Jepun untuk menampung populasi yang semakin berkurangan.

Populasi warga Jepun turun untuk tahun ke-14, kira-kira 800,000 orang kepada 122.42 juta pada 2022, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Buat pertama kalinya, jumlah penduduk Jepun menurun di semua 47 wilayah. Jumlah penduduk secara keseluruhan jatuh kepada 125.41 juta orang, penurunan kira-kira 511,000.

Populasi Jepun memuncak pada 2008 dan telah menurun sejak itu kerana kadar kelahirannya yang rendah.

Bilangan warga asing yang beralamat di Jepun ialah 2.99 juta orang pada 1 Januari, melonjak 10.7% daripada setahun lalu.

Tokyo menjadi 'rumah' kepada warga sing dengan 4.2% daripada penduduk, atau 581,112 orang. Ibu kota negara itu muncul sebagai wilayah dengan peningkatan terbesar penduduk warga asing tahun lepas.

Perdana Menteri Fumio Kishida telah menjadikan pembalikan kadar kelahiran negara itu sebagai keutamaan.

Meski negara mencatat tahap hutang yang tinggi, pentadbiran Fumio Kishada merancang untuk memperuntukkan perbelanjaan 3.5 trilion yen (AS$24.84 bilion) setahun untuk penjagaan anak dan langkah lain bagi menyokong ibu bapa.-REUTERS


(FOTO HIASAN)

Media Baharu