fb fb fb fb fb

Populasi beruang kutub di Yakutia kekal stabil

FOTO HIASAN

MOSCOW, 21 September - Kajian tahunan bilangan beruang kutub di wilayah Yakutia, utara Rusia, mendapati populasi haiwan itu kekal stabil dengan jumlah hampir sama berbanding dua tahun sebelumnya.

Menurut salah seorang penyelidik yang terlibat, Ilya Chernook, hasil awal bancian itu menunjukkan tiada penurunan ketara pada populasi spesies berkenaan di kawasan tersebut.

Dalam operasi berkenaan, pasukan saintis menggunakan peluru ubat pelali yang dilepaskan dari helikopter sebelum memeriksa keadaan kesihatan beruang kutub di habitat liar mereka. Peralatan pengesan turut dipasang bagi tujuan pemantauan.

Selepas selesai pemeriksaan, haiwan berkenaan diberikan antidot bagi mengelakkan pening dan membolehkan ia kembali aktif dengan selamat.

Beruang kutub atau digelar beruang putih di Rusia merupakan spesies terbesar di dunia dan disenaraikan sebagai berisiko terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN). Namun, menurut IUCN, populasi beruang kutub ketika ini masih kekal stabil.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE