fb fb fb fb fb

Populariti Macron capai tahap terendah sejak memegang jawatan

Foto AFP

PARIS, 27 Disember - Populariti Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mencatat tahap terendah sejak pertama kali dipilih pada 2017, menurut tinjauan yang diumumkan Jumaat lalu, beberapa hari sebelum beliau menyampaikan ucapan akhir tahun.

Hanya 25 peratus rakyat Perancis yang ditemu duga melalui kaji selidik Toluna/Harris Interactive mempunyai pendapat positif terhadapnya.

"Rakyat Perancis dilihat menilai Macron melalui lensa politik domestik berbanding dasar luar negaranya," kata Ketua Toluna/Harris, Jean-Daniel Levy.

Kaji selidik melibatkan 1,099 orang dewasa Perancis secara dalam talian itu turut mendapati 37 peratus bercadang menonton ucapan akhir tahun Macron secara langsung pada 31 Disember, menurun daripada 40 peratus tahun lalu.

Populariti semua pemimpin dalam kelas politik Perancis menurun tahun ini, namun pemimpin sayap kanan, Jordan Bardella dari parti National Rally pimpinan Marine Le Pen, mencatat pendapat positif tertinggi iaitu 42 peratus.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH