fb fb fb fb fb

Polis Vietnam: Rampasan terbesar hempedu beruang

(Gambar fail diambil pada15 Ogos 2018 menunjukkan botol yang
mengandungi hempedu beruang untuk dijual dipaparkan di wilayah Thai Nguyen/FOTO REUTERS)


HANOI, 3 Jun- Polis Vietnam buat pertama kalinya memecahkan rekod yang dipercayai penahanan terbesar negara itu, apabila menahan seorang pemilik beruang dan merampas ratusan botol cecair hempedu beruang di Hanoi,menurut sebuah organisasi perlindungan hidupan liar, hari ini.

Negara komunis itu adalah hab utama bagi perdagangan haram haiwan liar dan beruang dipelihara bagi tujuan mengeringkan hempedu daripada pundi haiwan itu untuk digunakan dalam perubatan tradisional.

Pihak berkuasa mengharamkan aktiviti mengekstrak hempedu beruang di Vietnam pada 2005, namun ladang beruang dibenarkan untuk memelihara haiwan itu.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengeluarkan hempedu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Polis Hanoi menahan seorang lelaki dari daerah pinggir bandar PhucTho, lokasi utama bagi ladang beruang, ketika dia membawa 350 botol cecair hempedu hujung minggu lalu.

Education for Nature dari Hanoi memaklumkan, ia dipercayai rampasan hempedu beruang terbesar di Vietnam.

(Polis Vietnam menahan seorang pemilik beruang buat kali pertama selepas merampas ratusan botol cecair hempedu beruang di Hanoi/FOTO AFP)

"Ini kali pertama pemilik beruang di Hanoi ditangkap dan disiasat kerana tanggungjawab jenayah bagi pengangkutan haram serta perdagangan hempedu beruang," kata timbalan ketuanya, Bui Thi Ha dalam satu kenyataan.

Organisasi itu berkata, terdapat hampir 150 beruang dalam sangkar yang disimpan di hartanah di Hanoi, yang mewakili separuh daripada jumlah keseluruhan haiwan itu di seluruh negara.

Lelaki yang ditahan itu memiliki tujuh ekor beruang dan ditangkap ketika membawa botol mengandungi hempedu beruang itu dalam keretanya, namun tidak jelas ke mana ia akan dibawa.

Rakyat Vietnam dan China percaya hempedu beruang boleh digunakan sebagai ubat untuk lebam, kanser atau memanjangkan usia. -AFP

Media Baharu