fb fb fb fb fb

Polis tahan suspek serangan di Colorado

FOTO REUTERS

COLORADO, 2 Jun- Polis di Boulder, Colorado, menahan seorang suspek pada Ahad selepas insiden serangan di mana lapan orang cedera apabila seorang lelaki membaling bahan letupan ke arah orang ramai.

Gambar saksi menunjukkan suspek yang tidak berbaju ditahan oleh polis, manakala video yang dirakam turut menunjukkan petugas keselamatan mengusung mangsa yang cedera.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Mohamed Soliman, yang turut dimasukkan ke hospital sejurus selepas serangan.

Menurut Reuters, lokasi kejadian disahkan melalui imej satelit dan metadata video, namun usaha menghubungi keluarga suspek gagal dilakukan setakat ini.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE