fb fb fb fb fb

Banjir kilat landa Yunnan, hampir 5,000 penduduk terjejas

FOTO REUTERS

YUNNAN, 2 Jun- Banjir kilat melanda wilayah Yunnan, China, memusnahkan puluhan rumah, merosakkan beberapa bangunan dan menjejaskan hampir 4,800 penduduk, lapor media rasmi China pada Isnin.

Rakaman yang disiarkan CCTV menunjukkan penduduk di daerah Deqin, Wilayah Autonomi Diqing Tibet, dipindahkan menggunakan bot selepas jalan-jalan runtuh akibat banjir.

Beberapa ratus penduduk telah diselamatkan atau dipindahkan dari rumah dan perniagaan mereka.

Di Wilayah Autonomi Nujiang Lisu, hujan lebat masih membadai kawasan kediaman, menyebabkan sungai-sungai melimpah dan menenggelamkan rumah serta tanaman.

Kerja-kerja baik pulih jalan dan talian elektrik sedang dijalankan.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kemungkinan hujan berterusan di kedua-dua wilayah dalam beberapa hari akan datang.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE