STOCKHOLM, 10 Oktober- Polis Sweden hari ini berkata mereka sedang menyiasat kejadian tembakan berhampiran syarikat senjata milik Israel di bandar Gothenburg, yang menurut penyiar nasional itu adalah unit kontraktor pertahanan Israel, Elbit Systems.
Tiada laporan mengenai kecederaan, kata polis dalam satu kenyataan.
Ujar polis, suspek merupakan seorang remaja telah ditahan di tempat kejadian dan siasatan awal terhadapnya dilakukan atas cubaan membunuh dan jenayah senjata serius.
Tembakan berlaku berhampiran unit Sweden Elbit Systems, penyiar awam Sweden SVT melaporkan.
Jurucakap polis enggan mengulas mengenai sasaran yang disyaki dalam kejadian itu.
Elbit Systems tidak memberi sebarang komen terhadap insiden itu.- REUTERS