fb fb fb fb fb

Polis menyamar ‘Chapulin Colorado’ tumpaskan sindiket dadah di Lima

FOTO REUTERS

LIMA, 19 Julai – Polis Peru menggunakan taktik luar biasa apabila seorang anggotanya menyamar sebagai watak adiwira popular Mexico, Chapulin Colorado, dalam satu serbuan dramatik terhadap sindiket pengedaran dadah di ibu negara, Lima, pada Khamis.

Video yang dikongsi pihak berkuasa pada Jumaat menunjukkan pasukan polis, termasuk anggota yang berpakaian lengkap sebagai Chapulin Colorado, merempuh pintu pagar besi menggunakan tukul besi dalam operasi khas yang mengejutkan suspek di dalam rumah dua tingkat tersebut.

Dalam serbuan itu, polis menahan enam individu yang dipercayai ahli kumpulan jenayah "Los Cuajinais de Año Nuevo", serta merampas 1,524 paket pes pes kokain, sembilan beg ganja dan 45 beg kokain, menurut laporan rasmi.

Ketua Skuadron Hijau, Kolonel Pedro Rojas, berkata strategi penyamaran itu dilaksanakan bagi membolehkan pasukan penyamaran terna mendekati lokasi sasaran tanpa disedari.

“Sekali lagi pasukan terna dari Skuadron Hijau menggunakan strategi penyamaran dengan watak terkenal dan disayangi ramai, iaitu Chapulin Colorado, bagi menghampiri kawasan penjualan dadah,” katanya.

Tambah beliau, pemilihan watak itu juga bertepatan dengan tayangan siri biografi mengenai pencipta Chapulin Colorado yang sedang ditayangkan di televisyen ketika ini.

“Watak ini dipilih kerana sekarang sedang ditayangkan siri biografi tentang penulis asal Chapulin Colorado di TV. Ia memberi kelebihan dari segi taktikal dan penyamaran,” jelasnya.

Polis menyifatkan operasi itu sebagai kejayaan penting dalam mengekang aktiviti pengedaran dadah di kawasan perumahan padat bandar Lima.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE