SWEIDA, 19 Julai - Konvoi puak Badwi tiba di wilayah Sweida, selatan Syria pada Jumaat di tengah ketegangan berterusan dengan kumpulan bersenjata dari komuniti Druze.
Presiden Syria dalam kenyataan mengumumkan penempatan pasukan khas untuk meredakan konflik itu, dilakukan demi keselamatan dan kestabilan politik. Ketengan di Sweida sudah berlarutan hampir seminggu, menyebabkan 321 dilaporkan terbunuh termasuk wanita, kanak-kanak dan petugas kesihatan, menurut Syrian Network for Human Rights.
Walaupun tentera kerajaan telah dihantar awal minggu ini, mereka didakwa melakukan pencabulan terhadap masyarakat Druze dan turut menjadi sasaran serangan Israel sebelum berundur selepas gencatan senjata dicapai pada Rabu.
Setakat ini, ribuan lagi ahli puak Badwi dilaporkan terus memasuki Sweida, mencetuskan kebimbangan akan tercetusnya gelombang keganasan baharu. Kementerian Kecemasan Syria berkata lebih 500 mangsa cedera telah dirawat, manakala ratusan keluarga telah dipindahkan.-REUTERS