fb fb fb fb fb

Polis Afghanistan musnahkan ladang popi di wilayah Baghlan

Foto REUTERS

KABUL, 23 Julai - Sebanyak 170 ekar (kira-kira 68.8 hektar) ladang popi dimusnahkan di wilayah utara Afghanistan, Baghlan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan pejabat polis wilayah pada Rabu, penguatkuasaan ke atas tanaman haram itu dilakukan oleh pasukan polis antidadah di kawasan pinggir daerah Tala-o-Barfak dan Pul-e-Hesar.

Dalam operasi memerangi ancaman dadah, polis turut menemukan dan membakar lebih setengah tan dadah haram dalam satu serbuan di wilayah selatan Kandahar pada Ahad.

Kerajaan sementara Afghanistan mengharamkan penanaman pokok popi, pemprosesannya menjadi dadah dan pengedaran, dalam usaha menghapuskan ancaman dadah dari negara itu. Afghanistan sebelum ini pernah menjadi antara negara penanam popi utama. - BERNAMA-XINHUA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE