fb fb fb fb fb

Pengebumian kanak-kanak korban nahas jet di Bangladesh

Foto REUTERS

DHAKA, 23 Julai - Kira-kira 29 orang termasuk kanak-kanak maut, selepas sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Bangladesh terhempas ke sebuah sekolah di sini, Isnin lalu.

Menurut pihak tentera, pesawat jenis F-7 BGI itu mengalami kerosakan mekanikal sebelum terhempas ke Sekolah dan Kolej Milestone sekali gus menyebabkan kebakaran dan runtuhan yang mengorbankan puluhan pelajar yang terperangkap.

Salah seorang mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang maut akibat nahas jet pejuang itu dikebumikan pada Rabu.

Ahli keluarga membawa jenazah Aryan Ashraf Nafi, pelajar tahun dua sekolah itu untuk solat jenazah di ibu negara.

Kakaknya yang berusia 12 tahun, pelajar tahun enam di sekolah yang sama, turut terbunuh dalam nahas tersebut.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE