fb fb fb fb fb

Poland peruntukan AS$2.55 bilion perkasakan sempadan

Foto REUTERS

WARSAW, 19 Mei - Poland akan melabur kira-kira 10 bilion zlotys atau (AS$2.55 bilion) bagi memperkasakan sempadan di bahagian timur negara berkenaan, kata Perdana Menteri Poland, Donald Tusk pada Sabtu.

Tindakan tersebut dilakukan bagi mengukuhkan pertahanan negara itu menentang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh Rusia dan Belarus.

Sebelum ini, sempadan Poland-Belarus menjadi pintu masuk buat imigran pada 2021 selepas Minsk, sekutu rapat Rusia membuka agensi pelancongan di Timur tengah yang menawarkan laluan tidak rasmi ke Eropah yang dianggap sebagai langkah  bagi mencipta krisis oleh Kesatuan Eropah (EU).

Hubungan Warsaw dan Minsk semakin tegang sejak penaklukan Rusia ke atas Ukraine pada 2022 dengan Warsaw meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan menuduh Minsk dan Moscow cuba untuk menjejaskan kestabilan negara tersebut.

"Kami mengambil keputusan untuk memperuntukkan 10 bilion zlotys bagi mengukuhkan bidang pertahanan demi memperkasakan sempadan di bahagian timur.

"Kami memulakan projek besar untuk membina sempadan yang selamat, termasuk kubu serta landskap yang akan menjadikan sempadan itu nanti mustahil untuk dilalui oleh musuh", kata Tusk dalam satu sidang media.

Tusk walaubagaimanapun tidak memberi sebarang butiran lengkap tentang jenis dan bentuk kubu yang akan dibina kelak.

Terdahulu, Kerajaan Poland membina pagar di sempadan Poland-Belarus yang berkeluasan 180km (Kilometer) dan berketinggian 5.5 meter dan dilengkapi dengan sistem kamera dan sensor pengawasan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD