FREETOWN, 27 Mei- Sebatang pokok bersejarah yang dijadikan lambang kebebasan negara Sierra Leone tumbang akibat ribut dan hujan lebat yang melanda ibu negara itu.
Presiden, Julius Maada Bio menyifatkan ia kejadian yang menyedihkan serta kehilangan yang besar selepas berabad lamanya ia berdiri megah.
Orang ramai turut terkejut melihat pokok tersebut tumbang.
Pokok kapas tersebut adalah mercu tanda paling penting di negara Afrika barat itu yang ditanam oleh seorang hamba yang dibebaskan oleh penjajah Amerika pada tahun 1700.
Tiada kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ribut berkenaan.- REUTERS
(FOTO REUTERS)