fb fb fb fb fb

Jangkitan COVID-19 di Beijing meningkat

FOTO REUTERS

BEIJING, 27 Mei- Jangkitan COVID-19 di Beijing menunjukkan peningkatan sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China.

Pihak berkuasa kesihatan telah meminta sekolah di beberapa bahagian negara itu mengambil langkah berjaga-jaga.

Pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan, menjangkakan kira-kira 65 juta kes jangkitan baharu setiap minggu pada akhir Jun.

Zhong menjangka kini terdapat kira-kira 40 juta kes baharu setiap minggu.

Walaupun antara 80 dan 90 peratus daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti semasa gelombang Disember dan Januari, pakar itu berkata tahap imuniti kini semakin menurun.

Pihak berkuasa tidak menjangkakan gelombang jangkitan seperti sebelumnya, namun memberi amaran orang tua dan berpenyakit berhadapan risiko dijangkiti.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu