fb fb fb fb fb

Kekalkan faedah tinggi lebih lama, bantu AS berdepan inflasi

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 27 Mei- Kadar faedah Amerika Syarikat mungkin perlu kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih lama bagi meredakan inflasi.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Washington juga perlu mengetatkan dasar fiskal untuk mengurangkan hutang Persekutuan.

IMF mengeluarkan kenyataan itu selepas semakan "Artikel IV" mengenai dasar Amerika berkata bahawa ekonominya telah terbukti berdaya tahan dalam menghadapi dasar monetari dan fiskal yang lebih ketat.

Pengarah IMF, Kristalina Georgieva berkata keyakinan terhadap pasaran kewangan Amerika kekal sebagai sumber kestabilan, walaupun di tengah-tengah rundingan siling hutang yang masih belum diselesaikan.

Georgieva berkata Amerika Syarikat boleh menghapuskan isu siling hutang jika ia menjadikan perjanjian peruntukan sebagai asas untuk jumlah yang akan dipinjam negara itu.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu