ISLAMABAD, 10 Mei - Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memanggil mesyuarat Lembaga Arahan Kebangsaan (National Command Authority) hari ini susulan pelancaran operasi ketenteraan negara itu terhadap India yang menyasarkan beberapa pangkalan utama, menurut kenyataan pihak tentera.
Lembaga berkenaan merupakan badan tertinggi yang menggabungkan pegawai kanan awam dan tentera bagi membuat keputusan keselamatan negara, termasuk dasar berkaitan simpanan senjata nuklear.
Ketegangan antara Pakistan dan India, dua negara berjiran yang memiliki senjata nuklear, semakin memuncak sejak minggu ini, selepas kedua-dua pihak saling menuduh melakukan pencerobohan ruang udara menggunakan dron dan peluru berpandu.
Sekurang-kurangnya 48 orang dilaporkan terkorban di kedua-dua belah sempadan.-REUTERS