fb fb fb fb fb

PM Korea berlepas ke Paris dapatkan sokongan bagi penganjuran Ekspo Dunia 2030

(Han merancang untuk menghadiri perhimpunan agung Biro Ekspo Antarabangsa (BIE)
yang dijadualkan berlangsung pada Isnin dan Selasa/FOTO FAIL BERNAMA)


SEOUL, 19 Jun- Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo berlepas ke Paris pada Ahad dalam usahanya mendapatkan sokongan antarabangsa agar negaranya dipilih menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030 di Busan.

Ia merupakan lawatan ke luar negara pertamanya sejak dilantik ke jawatan itu pada bulan lalu.

Han merancang untuk menghadiri perhimpunan agung Biro Ekspo Antarabangsa (BIE) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin dan Selasa.

BIE ialah badan penyelaras antara kerajaan yang bertanggungjawab menyelia Ekspo Dunia.

Pada Selasa, Han dijadual menyampaikan pembentangan mengenai bidaan Korea Selatan menjadi tuan rumah di bawah tema "Mengubah Dunia Kita, Mengemudi Ke Arah Masa Depan yang Lebih Baik,".

(Ekspo Dunia merupakan satu festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Sukan Olimpik/FOTO HIASAN BERNAMA)

Di luar perhimpunan, Han dijangka bertemu wakil negara-negara anggota BIE untuk memperoleh sokongan mereka.

Beliau diiringi oleh Pengerusi Kumpulan SK Chey Tae Won, yang bertindak sebagai ketua Dewan Perniagaan dan Industri Korea, serta Datuk Bandar Busan, Park Heong Joon.

Ekspo Dunia merupakan satu festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Penganjuran ekspo berkenaan dijangka menjana  kesan ekonomi bernilai 61 trilion won (AS$47.1 bilion), menurut kerajaan Korea Selatan. -BERNAMA

Media Baharu