NEW YORK, 23 September- Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menegaskan keutamaan dasar luar negaranya dengan menyatakan sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin serta memberi tumpuan kepada hala tuju ekonomi global baharu.
Kenyataan itu disuarakan ketika berucap di Majlis Hubungan Luar Negeri (Council on Foreign Relations) di New York pada Isnin.
Ucapan itu disampaikan menjelang Sidang Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 yang bermula Selasa (23, yang menghimpunkan hampir 150 ketua negara atau kerajaan bersama puluhan menteri dari 193 negara anggota.
PBB, yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan 51 anggota asal, kini dianggotai 193 negara.
Dua pemerhati bukan anggota, Holy See dan Palestin serta satu pemerhati anggota, Kesatuan Eropah (EU) turut diberikan ruang untuk berucap. -REUTERS