PM Jepun rancang lawat Korea Selatan pada Mac – Fuji TV

TOKYO, 14 Februari- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida sedang mempertimbangkan untuk melawat Korea Selatan pada 20 Mac, lapor penyiar Fuji TV pada Rabu.

Kishida berusaha untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol dan membincangkan isu termasuk Korea Utara menjelang pilihan raya perundangan Korea Selatan pada April lapor Fuji TV yang memetik sumber kerajaan.

Kali terakhir Kishida melawat Korea Selatan pada Mei tahun lepas sebagai sebahagian daripada “diplomasi” kedua-dua negara berikutan hubungan dua hala yang bertambah baik.- REUTERS

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan