TOKYO, 24 Oktober - Perdana Menteri baharu Jepun, Sanae Takaichi, berikrar untuk memperkukuh hubungan dengan Presiden Amerika syarikat (AS) Donald Trump serta mengambil pendirian lebih tegas terhadap China dan dasar imigresen, dalam ucapan dasar pertamanya pada Jumaat.
Takaichi turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk perbelanjaan pertahanan fiskal tahun ini, iaitu dua tahun lebih awal daripada sasaran asal.
Ucapan itu disampaikan tiga hari sebelum lawatan rasmi Trump ke Jepun, sebelum beliau bertemu Presiden China, Xi Jinping, di Korea Selatan bagi membincangkan isu perdagangan dan keselamatan serantau.
Beliau turut menyuarakan kebimbangannya terhadap aktiviti ketenteraan China, Korea Utara dan Rusia, sambil menegaskan Jepun perlu memperkukuh keupayaan pertahanannya.
Behubung isu domestik, Takaichi mengakui Jepun memerlukan pekerja asing bagi menangani kekurangan tenaga kerja, tetapi menegaskan kerajaan akan bertindak tegas terhadap pelanggaran undang-undang oleh warga asing.
Beliau juga berjanji menangani tekanan kos sara hidup susulan kadar inflasi yang meningkat kepada 2.9 peratus pada September, sambil mengekalkan dasar ekonomi berhemah untuk memastikan kestabilan jangka panjang.-AFP