fb fb fb fb fb

PM Australia janji tingkat peruntukan AS$5.4 bilion untuk sektor kesihatan

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese/ AFP

SYDNEY, 23 Februari- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berjanji meningkatkan perbelanjaan sistem kesihatan negara kepada $5.4 bilion dolar sebagai tawaran kepada pengundi menjelang pilihan raya pada 17 Mei.

Tinjauan menunjukkan bahawa kos sara hidup adalah isu utama dalam fikiran pengundi.

Menjelang tamatnya tempoh tiga tahun perkhidmatannya, Albanese masih belum mengumumkan tarikh tepat pilihan raya. Namun, kempen tidak rasmi sudah dilaksanakan.

Ketika berucap dalam perhimpunan di bandar Launceston, Tasmania, Albanese berkata kerajaan mahukan penjagaan kesihatan terbaik untuk setiap warga Australia, seperti mana seseorang individu mahu penjagaan terbaik untuk keluarga.

Beliau berkata kerajaan akan melabur $8.5 bilion (AS$5.4 bilion) tambahan dalam sektor kesihatan yang telah menyediakan penjagaan kesihatan sejagat sejak 1984.

Katanya, pesakit tidak perlu membayar 90 peratus untuk berjumpa dengan doktor menjelang 2030 serta menyampaikan bantuan tambahan untuk melatih jururawat dan doktor.

Sementara itu, pemimpin pembangkang Parti Konservatif, Peter Dutton, memberi respons terhadap janji perbelanjaan terbaharu ini dengan mengatakan bahawa gabungan liberal-nasionalnya akan menyamai peruntukan $8.5 bilion dalam sektor kesihatan, jika dipilih.

"Tanpa pengurusan ekonomi yang kukuh dan berhemah, sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh Parti Buruh... pelaburan seperti ini tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Sokongan terhadap Parti Buruh hampir sama dengan gabungan pembangkang, menurut tinjauan Newspoll yang dikeluarkan bulan ini oleh The Australian.

Sekiranya keputusan tinjauan ini diterjemahkan dalam pilihan raya, ia boleh membawa kepada parlimen tergantung ,dengan tiada parti yang memiliki majoriti, kata akhbar itu.- AFP

ROSLINA BINTI DIN