fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Umum Britain akan diadakan pada separuh kedua tahun ini - PM Britain

PM Britain umum pilihan raya pada 4 Julai
PM Britain umum pilihan raya pada 4 Julai

LONDON, 23 Mei - Britain akan mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak.

Pengumuman dihadapan pejabatnya di 10 Downing Street itu sekali gus menamatkan spekulasi beberapa bulan dalam pimpinannya.

"Awal hari ini, saya telah menghadap Raja (Raja Charles III) untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen.

“Raja telah memperkenankan permintaan itu dan kita akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Julai," kata Sunak.

Sunak, 44 tahun turut menyenaraikan pencapaiannya dalam kerajaan selama 14 tahun memerintah sebagai perdana menteri tetapi juga sebagai bekas menteri kewangan.

Sunak mengumukan pilihan raya selepas beberapa jam kadar inflasi di negara itu turun mendadak kepada 2.3 peratus, paras terendah dalam hampir tiga tahun.

"Sekarang tiba masanya untuk Britain menentukan masa depannya dan memutuskan sama ada negara ini mahu membina kemajuan kembali kepada kuasa (pembangkang) yang tiada kepastian," katanya.

Beliau mendakwa pemimpin Buruh Keir Starmer, sentiasa mengambil jalan mudah dan tidak mempunyai rancangan terhadap negara.

"Pada 4 Julai anda (pengundi) mempunyai pilihan dan bersama-sama kita melakukan perubahan, kita boleh mula membina semula Britain dan mengubah negara kita," katanya.

Pada 30 Mei, Parlimen Britain akan dibubarkan secara rasmi dan kempen pilihan raya akan berlangsung sehingga hari pengundian pada 4 Julai. - REUTERS

aidan