fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Pakistan : Imran dan Nawaz dakwa beroleh kemenangan

Foto Reuters

ISLAMABAD, 10 Februari - Dua bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dan Imran Khan mendakwa memperolehi kemenangan pada pilihan raya negara itu yang dicemari dengan serangan militan dan keputusan tertangguh sekali gus membawa negara itu ke ke arah kekacauan politik yang semakin buruk.

Nawaz Sharif diisytiharkan menang pada pilihan raya yang diadakan pada Khamis selepas partinya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Namun, para penyokong Imran pula mendakwa parti pimpinan bekas perdana menteri yang dipenjarakan itu memenangi pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya yang diadakan kali ini, Imran Khan bertanding sebagai calon bebas selepas partinya, Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) dilarang daripada bertanding.

Nawaz berkata, dia akan duduk berbincang dengan parti-parti lain bagi membentuk kerajaan baharu selepas parti pimpinannya gagal mendapat majoriti mudah dua per tiga.

Pengumuman oleh Nawaz itu hadir selepas keputusan satu per tiga daripada 265 kerusi diumumkan selepas tamat pengundian pada Khamis.

Para penganalis meramalkan tiada pihak yang memenangi pilihan raya setakat ini. -Reuters

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD