WASHINGTON, 5 Jun- Pihak yang bertelagah di Sudan perlu menghormati undang-undang kemanusiaan selepas lima pekerja terbunuh dalam kepungan di El-Fasher.
Perkara itu ditegaskan Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Gesaan itu turut disertai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Mesir, Arab Saudi, Kesatuan Afrika dan Switzerland.
"Serangan terhadap orang ramai dan harta benda awam, termasuk kakitangan dan aset kemanusiaan merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS.
Terdahulu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa siasatan dilakukan ke atas serangan konvoi yang dianjurkan Program Makanan Sedunia dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).
Bagaimanapun dalang di sebalik serangan tidak didedahkan.
Serangan tersebut dilaporkan berlaku di kawasan dikawal kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang berperang dengan tentera sejak April 2023.
Setakat ini lebih empat juta orang terkorban akibat peperangan. -AFP