fb fb fb fb fb

Peningkatan kos sara hidup, warga emas Argentina adakan bantahan

Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 5 Jun- Ratusan warga emas di Argentina mengadakan bantahan di hadapan bangunan kongres ketika perbahasan mengenai penambahbaikan faedah persaraan sedang berlangsung.

Tindakan itu susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan golongan pesara.

Perbahasan di kongres melibatkan beberapa usul termasuk cadangan menaikkan faedah persaraan serta pengisytiharan darurat terhadap perkhidmatan untuk golongan orang kurang upaya (OKU), yang antara lain menuntut kerajaan memastikan peruntukan mencukupi dan memperkukuh bantuan kepada sektor berkenaan.

Sepanjang perhimpunan berlangsung, tiada insiden tidak diingini dilaporkan, sementara pasukan polis kekal mengawal keadaan.

Terdahulu, golongan pesara di negara itu giat membantah dasar penjimatan yang diperkenalkan Presiden Javier Milei, yang didakwa menjejaskan kesejahteraan mereka termasuk pengurangan kuasa beli serta kesukaran mendapatkan ubat-ubatan dan rawatan kesihatan.– REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM