NEW YORK 5 Jun- Amerika Syarikat (AS) memveto tuntutan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal antara Israel dan Hamas serta akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di seluruh wilayah tersebut.
Pemangku Duta Besar AS ke PBB Dorothy Shea berkata, resolusi itu akan menjejaskan usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Tambahnya, Washington dengan jelas tidak akan menyokong sebarang langkah yang menyokong Hamas serta tidak menyeru kumpulan itu melucutkan senjata dan meninggalkan Gaza.
Terdahulu 14 daripada 15 ahli majlis mengundi menyokong draf resolusi tersebut.
Israel dalam satu kenyataan lain pula menolak gesaan untuk gencatan senjata tanpa syarat atau kekal itu dan terus mengatakan Hamas tidak boleh tinggal di Gaza.
Susulan resolusi itu, zionis telah melancarkan serangan ke atas penduduk Gaza.
Menurut Pegawai kesihatan Gaza, serangan Israel itu telah membunuh 45 rakyat Palestin pada Rabu.
Krisis kemanusiaan juga semakin menular dengan lebih 2-juta orang dilanda kebuluran. Tiada agihan bantuan diterima sejak rejim zionis menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan. -REUTERS