fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: JDT' jinak' Kelantan FC, 5-1

(Foto FB JOHOR Southern Tigers)

KOTA BHARU, 5 Ogos- Kelantan FC bermula langkah kiri pada perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia apabila mudah dijinakkan JDT FC, 5-1 di laman sendiri di Stadium Sultan Mohammad Ke-4, di sini, malam tadi.

Tidak menunggu lama, JDT membuka tirai jaringan melalui Bergson Da Silva pada minit keenam pemainan apabila bijak memanfaatkan bola hantaran rakan sepasukan.

Heberty Fernandes menggandakan kedudukan pada minit ke-15 dengan merembat masuk bola muntah susulan percubaan Oscar Arribas.

Sembilan minit kemudian, Heberty Fernandes sekali lagi menambah jaringan hasil kealpaan benteng tuan rumah.

Shahrul Saad kemudian menyumbat gol keempat pasukan kendalian Esteban Solari apabila menyudahkan satu sepakan sudut pada minit ke-50 sebelum Nazmi Faiz melengkapkan malam gemilang buat JDT dengan gol kelima hasil hantaran Daryl Sham.

Bagaimanapun, skuad TRW melakar kejutan pada saat akhir apabila Khala'if Naskam berjaya menjaringkan gol cantik hasil rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias untuk gol tunggal Kelantan, sekali gus menceriakan kira-kira 1,700 penyokong tuan rumah.

(Foto FB Malaysian Football League) 

Media Baharu