fb fb fb fb fb

Pesawat bawa 262 rakyat Perancis dan Eropah dari Niger tiba di Paris

NIGER, 2 Ogos - Penerbangan pertama membawa rakyat Perancis dan Eropah yang dipindahkan dari Niger tiba di Paris pada Rabu, menurut wartawan Reuters di lapangan terbang itu.

Penerbangan sewaan Perancis itu, meninggalkan Niger pada petang Selasa untuk memindahkan warga Perancis dan Eropah yang mahu meninggalkan negara itu.

Junta tentera menggulingkan Presiden Niger yang dipilih secara demokratik, Mohamed Bazoum pada 26 Julai.

Menteri Luar Perancis Catherine Colonna berkata, seramai 262 orang berada di dalam pesawat itu.

Pemindahan akan diteruskan pada Rabu, dengan warga Perancis dinasihatkan untuk pergi ke lapangan terbang antarabangsa di Niamey, ibu kota Niger, menurut laman web kementerian luar Perancis. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu