BRAZIL, 2 Ogos - Brazil menjemput negara-negara dari Eropah, Asia, dan Afrika Tengah untuk menyertai Sidang Kemuncak Amazon, bermula minggu depan di Belem, kata seorang pegawai tempatan.
Ketua Jabatan Alam Sekitar Brazil, Maria Angelica Ikeda berkata, sidang kemuncak itu dijangka dihadiri wakil-wakil kerajaan dari Indonesia, Republik Congo, Republik Demokratik Congo, Norway, Jerman, Perancis, dan St Vincent dan Grenadines.
Sidang kemuncak yang akan datang adalah percubaan untuk menggerakkan negara-negara Pertubuhan Perjanjian Kerjasama Amazon (ACTO) untuk bertindak bersama-sama memelihara hutan dan menggalakkan pembangunan mampan di wilayah yang diancam pembalak haram dan pelombong emas, penyeludup haiwan dan pengedar dadah.
ACTO bermula tahun 1978 di Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru, Suriname, dan Venezuela.
Sidang Kemuncak Amazon akan menghimpunkan pemimpin negara-negara rantau pada 8 dan 9 Ogos di bandar Belem, utara Brazil. - REUTERS
(Maria Angelica Ikeda/FOTO REUTERS)