fb fb fb fb fb

Pesawat kargo terhempas, seorang maut di Vilnius

Nahas sebuah pesawat kargo berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius di Vilnius/ AFP

VILNIUS, 25 November- Sebuah pesawat kargo DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius, di Lithuania, pada hari Isnin kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan.

Insiden itu mengakibatkan seorang terkorban dan mencederakan dua yang lain, menurut pegawai lapangan terbang, polis dan pihak bomba kepada Reuters.

Menurut jurucakap Pusat Pengurusan Krisis Nasional Kerajaan Lithuania, pesawat tersebut yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan SWIFT bagi pihak DHL, berlepas dari Leipzig, Jerman sebelum terhempas ke sebuah rumah di Lithuania.

Bagaimanapun, semua penghuni rumah tersebut terselamat, tambahnya.

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran di lokasi kejadian, kira-kira 1.3 kilometer (km) di utara landasan Lapangan Terbang Vilnius.

Kehadiran anggota polis dan ambulans turut dilihat di kawasan itu serta beberapa jalan utama berdekatan telah ditutup.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN