fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Palestin: Lebih 1,000 doktor, jururawat terkorban di Gaza

Foto AFP

GAZA, 24 November- Lebih 1,000 doktor dan jururawat terkorban dalam serangan Israel di Gaza sejak tahun lalu, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Lebih 310 kakitangan perubatan lain ditangkap, diseksa, dan dihukum mati di penjara,” menurut kenyataan sumber perubatan.

Tentera Israel turut menghalang kemasukan bekalan perubatan, petugas kesihatan serta ratusan pakar bedah ke Gaza, tambah kenyataan itu.

“Hospital menjadi sasaran terbuka tentera Israel, yang mengebom, mengepung, dan menyerbu kemudahan ini, membunuh doktor dan jururawat serta mencederakan mereka melalui serangan langsung,” menurut kenyataan tersebut.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya, turut cedera dalam serangan udara Israel ke atas hospital itu dan kawasan sekitarnya di utara Gaza pada Sabtu.

Israel telah melancarkan pembunuhan besar-besaran di Gaza, mengorbankan lebih 44,200 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 104,500 orang.

Memasuki tahun kedua kekejaman ini, kecaman antarabangsa semakin meluas. Serangan dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai usaha sengaja untuk memusnahkan populasi Gaza.

Khamis lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, susulan serangannya di Gaza.-WAFA

ROSLINA BINTI DIN