LIMA, 28 Disember-Presiden Peru, Dina Boluarte, mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak 10% bermula tahun depan, menjadikannya lebih RM1,400 atau (USD 300) sebulan, di tengah-tengah pemulihan ekonomi selepas kemelesetan tahun lalu.
Dalam ucapan di televisyen, Boluarte berkata gaji minimum akan dinaikkan kepada 1,130 soles (RM1,407) daripada 1,025 soles sebelum ini.
Ini merupakan kenaikan pertama sejak Mei 2022 di bawah bekas presiden Pedro Castillo, yang disingkirkan kerana cuba membubarkan Kongres.
"Ekonomi kini berkembang pada kadar 3.2% dan pelaburan swasta menunjukkan pemulihan ketara," kata Boluarte.
Peru mengalami kemelesetan pada 2023 akibat cuaca buruk dan tunjuk perasaan antikerajaan susulan penyingkiran Castillo.
Walaupun Boluarte kekal sebagai pemimpin tidak popular dengan kadar sokongan bawah 5%, beliau menegaskan keputusan ini dibuat demi manfaat rakyat dan ekonomi negara.
Namun, sektor perniagaan memberi amaran kenaikan gaji tersebut mungkin mendorong lebih banyak pekerjaan tidak formal di luar rekod rasmi.-REUTERS.