fb fb fb fb fb

Pertempuran di Sudan Selatan: 60,000 kanak-kanak terjejas

Foto AFP

NAIROBI, 8 Mei- Kira-kira 60,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan terjejas akibat pertempuran sengit di Sudan Selatan.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kanak-kanak berkenaan tidak lagi mendapat bekalan makanan yang sangat diperlukan, sejak hampir sebulan lalu.

Dalam satu kenyataan bersama, Program Makanan Sedunia (WFP) dan UNICEF memberi amaran tiada bantuan kemanusiaan akan sampai, susulan pertempuran yang semakin memuncak di Upper Nile State.

Pertempuran berlaku terutama di sepanjang sungai White Nile yang menjadi laluan pengangkutan utama.

"Lebih 300,000 kanak-kanak berada di Upper Nile State, kawasan di utara negara itu, ketika ini.

"Mereka yang mengalami kekurangan zat makanan memerlukan rawatan demi menyelamatkan nyawa," kata wakil WFP Sudan Selatan, Mary-Ellen McGroarty.

Menurut kenyataan itu, hampir 2,000 karton bekalan makanan telah dicuri sejak tercetusnya permusuhan.

"Rompakan, gangguan dan pertempuran masih berlaku.

"Jika ini berterusan, penduduk dalam bahaya kerana kehabisan bekalan makanan, di daerah dan seluruh negeri menjelang akhir bulan ini," menurut kenyataan itu. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello