fb fb fb fb fb

AS, UK capai perjanjian perdagangan "bersejarah"

Foto AFP

WASHINGTON, 9 Mei - Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) pada Khamis telah mencapai perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai “hebat dan bersejarah”.

Presiden Donald Trump berkata perjanjian itu adalah yang pertama dalam siri perjanjian perdagangan yang dirundingkan pentadbirannya sejak empat minggu lepas.

Trump menyatakan bahawa UK akan mengurangkan pelbagai halangan bukan tarif yang sebelum ini dianggap mendiskriminasi produk AS.

Perdana Menteri UK Keir Starmer menyifatkan perjanjian itu sebagai “hari yang sangat hebat dan bersejarah”.

Perjanjian berkenaan katanya akan meningkatkan perdagangan dua hala, bukan sahaja melindungi pekerjaan tetapi turut mencipta peluang kerja serta membuka akses pasaran.

Walaupun beberapa butiran teknikal akhir masih dalam rundingan, Trump berkata perjanjian asas telah dimuktamadkan. - AFP

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN