EGYPT, 14 April- Sistem pertahanan udara Mesir diletak dalam keadaan bersiap siaga pada tahap maksimum, selepas Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke arah Israel.
Saluran TV Al-Qahera News memetik seorang pegawai kanan keselamatan sebagai berkata pihaknya memantau keadaan semasa dengan teliti.
Laporan dikemukakan kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi setiap jam.
Kementerian Luar Mesir menerusi kenyataan berkata ia memberi perhatian serius berhubung dengan kejadian itu dan menggesa sekatan maksimum oleh semua pihak.
Kementerian itu memberi amaran terhadap risiko perluasan konflik serantau yang mempunyai kaitan dengan semua pihak serta cuba untuk mengawal keadaan itu.
Sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober tahun lalu, Kaherah telah berusaha untuk bergerak seiring bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan pada masa yang sama mengekalkan hubungannya dengan Israel.
Iran juga telah menjadi tuan rumah beberapa pusingan rundingan yang bertujuan untuk memcapai persetujuan berhubung gencatan senjata di Gaza.-AFP