TEHRAN, 14 April- Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat agar tidak campur tangan dalam konflik antara Iran dan Israel, selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu sebagai tindakan balas terhadap serangan maut ke atas konsulatnya di Damsyik.
Menurut kenyataan Misi Tetap Pertubuhan Bangsa Bersatu Iran di laman X, sekiranya Israel terus tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa, serangan lebih buruk akan dilancarkan.
“Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik", katanya.
“Ia adalah konflik antara Iran dan rejim Israel yang penyangak, AS wajib menjauhkan diri,” tulisnya di X.
Iran berharap tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatiknya, tidak akan meningkatkan konflik dan perkara itu boleh dianggap selesai.
Sementara itu, Pengawal Revolusi Iran memberi amaran kepada Israel dan Amerika Syarikat bahawa sebarang tindakan yang mereka ambil terhadap Iran akan dibalas.
Menerusi kenyataan, Iran menegaskan serangan ke atas Israel sebagai tindakan "mempertahankan diri" berikutan serangan bangunan konsularnya di Damsyik.
Iran akan mempertahankan kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan negara tanpa sebarang gangguan anasir luar, termasuk pencerobohan secara haram oleh mana-mana pihak.