GYEONGJU, 29 Oktober- Perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Presiden AS, Donald Trump berkata, perjanjian itu akan dimuktamadkan semasa pertemuan beliau bersama Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung hari ini.
“Perjanjian antara AS dengan Korea akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” kata Trump kepada para delegasi pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC yang berlangsung di bandar Gyeongju, Korea Selatan.
“Kami benar-benar mempunyai hubungan yang sangat istimewa iaitu satu ikatan yang unik. Malah, kami sedang bekerjasama dalam bidang pembinaan kapal,” tambah beliau. -AFP