fb fb fb fb fb

Media antarabangsa dibenar membuat liputan pilihan raya Myanmar

Media antarabangsa akan dibenarkan untuk membuat liputan sepanjang pilihan raya berlangsung /AFP

YANGON, 29 Oktober- Media antarabangsa akan dibenarkan untuk membuat liputan semasa pilihan raya di Myanmar yang dijadualkan bermula 28 Disember ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak berkuasa pilihan raya Myanmar dalam satu kenyataan.

Jemputan media luar itu bagi meneliti proses pilihan raya yang dipertikai serta dikendalikan junta.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan, yang dikuasai oleh junta, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa media tempatan dan antarabangsa akan dibenarkan membuat liputan terhadap pilihan raya yang akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu.

Kementerian Penerangan yang dikendalikan oleh junta pula akan meneliti dan meluluskan organisasi media antarabangsa yang layak.

Bagaimanapun, proses kelulusan serta media yang diberi akses masih belum diketahui.

Menurut Reporters Without Borders (RSF), junta negara itu telah memusnahkan landskap kebebasan media sejak rampasan kuasa pada 2021. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH