fb fb fb fb fb

Perhalusi pakej kompetitif, galak T20 guna tenaga solar

(Foto Fail)

SUBANG JAYA, 6 Jun- Pendekatan holistik bagi mencari jalan terbaik membantu golongan T20 menggunakan tenaga solar sebagai sumber alternatif elektrik, sedang diperhalusi.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini termasuk dari segi pembiayaan atau pakej kompetitif bagi menggalakkan penggunaan tenaga baharu itu.

Jelasnya, beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian harga tenaga mengikut pasaran dan kebolehsaingan solar dengan tenaga elektrik konvensional.

"Kita akan lihat bagaimana nanti, tapi kita akan cari jalan sama ada melalui pembiayaan, sama ada boleh pasang lebih banyak memandangkan sekarang ada had untuk berapa banyak kita boleh pasang di bumbung, mungkin juga pada kadar yang menggalakkan, semua perkara itu," katanya.

(Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui pemberita hari ini)

Beliau berkata demikian kepada media pada Simposium SBTI 2023, Universiti Monash Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu katanya, subsidi elektrik bersasar berasaskan pendapatan bagi golongan T20, akan diumum selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU), siap hujung tahun ini.

Media Baharu