fb fb fb fb fb

Psikologi jemaah haji sentiasa jadi keutamaan petugas

MAKKAH, 6 Jun- Perkhidmatan penting sepanjang operasi Tabung Haji (TH) di tanah suci adalah kaunseling, untuk jemaah dan petugas haji.

Selain pencegahan awal berkaitan kesihatan mental serta psikologi, petugas juga mengadakan sesi lawatan silaturrahim dari bilik ke bilik.

Pengurus Kaunseling bagi musim haji 1444 Hijrah, Mohammad Hanif Napi memaklumkan penambahbaikan baharu yang diperkenalkan unit itu tahun ini adalah perkongsian informasi secara infografik menerusi aplikasi THhujjaj.

Antara isu yang sering dihadapi jemaah termasuk mengawal kemarahan, tips menguruskan kewangan dan tips komunikasi baik antara suami isteri.

Turut diwujudkan adalah sudut ventilasi.

"Sudut ventilasi walaupun ringkas tetapi bagi jemaah yang boleh memanfaatkannya...di situ kita sediakan kertas warna dan mereka boleh melukis, itu lebih kepada terapi...ada juga kita sediakan 'stress ball'. Kita wujudkan sudut itu di hadapan lif sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

(Mohammad Hanif Napi)

Unit dianggotai tiga petugas Tabung Haji dan lima kaunselor Kementerian Kesihatan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut menyediakan perkhidmatan talian kaunseling atau PEKA.

Semasa operası Masya’ir nanti, Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman atau peneman akan dilaksanakan bagi membantu jemaah yang memerlukan bantuan terutama individu berusia 70 tahun ke atas dan tidak mempunyai pengiring.

Media Baharu