fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Israel terima surat ugutan

BAITULMAQDIS, 27 April- Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menerima surat ugutan mengandungi peluru pada Selasa, lapor media tempatan.

Menurut Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN), polis telah melancarkan siasatan terhadap surat ugutan yang dihantar ke rumah Bennett di bandar Ra’anana di tengah Israel.

Agensi keselamatan Shin Bet Israel dan pihak polis kini menjalankan siasatan mengesan pengirim surat itu.

Shin Bet turut mengetatkan kawalan keselamatan untuk keluarga Bennett.

Sementara itu, Bennett pada Sabtu mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengenai perkembangan terkini ketegangan Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.

 Bennett menyatakan kekecewaannya "apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel," 

Beberapa roket dilepaskan ke Israel dari Gaza pada minggu lalu. Sebagai tindak balas, Israel mengumumkan penutupan sementara laluan pejalan kaki tunggal dari Gaza ke Israel, meskipun beribu-ribu penduduk Gaza menyeberang ke Israel setiap hari untuk mencari rezeki.

(Naftali Bennett menerima surat ugutan mengandungi peluru pada Selasa, lapor media tempatan/FOTO REUTERS)


Selain itu, baru-baru ini berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel di Masjid Al-Aqsa.

Tahun lepas, pertempuran di tapak suci itu mencetuskan perang 11 hari antara Israel dan Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas.-BERNAMA

Media Baharu