JAKARTA, 25 Mei- Perdana Menteri China, Li Qiang, dijadualkan bertemu Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk membincangkan kerjasama lebih kukuh antara kedua-dua negara pada Ahad.
Ruang tersebut dilihat akan membuka ruang lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya ketegangan perang tarif berterusan antara Amerika Syarikat dan China.
Semalam Li tiba di ibu negara Indonesia bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Li mendarat di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma pada petang Sabtu dan disambut Menteri Pelaburan dan Industri Hiliran, Rosan Roeslani yang turut memegang jawatan sebagai ketua Danantara, dana kekayaan negara Indonesia.
Lawatan itu merupakan lawatan susulan selepas kunjungan Prabowo ke Beijing pada November 2024, dan bertujuan untuk mengesahkan komitmen kerajaan China dalam memperkukuh perkongsian strategik komprehensif dengan Indonesia.- REUTERS