fb fb fb fb fb

Perbelanjaan isi rumah Jepun pada Disember mengatasi jangkaan

Kawasan membeli-belah Harajuku di Tokyo/ Reuters

TOKYO, 7 Februari- Perbelanjaan isi rumah Jepun meningkat buat kali pertama pada Disember 2024 sekali gus menunjukkan kadar lebih pantas daripada jangkaan.

Data Kementerian Dalam Negeri Jepun menunjukkan perbelanjaan pengguna meningkat 2.7 peratus pada Disember berbanding tahun sebelumnya.

Ia lebih baik daripada ramalan pasaran median untuk kenaikan 0.5 peratus. Berdasarkan pelarasan bulanan, perbelanjaan meningkat 2.3 peratus, berbanding jangkaan kejatuhan 0.2 peratus.

Aliran penggunaan dan gaji adalah faktor utama sedang diperhatikan oleh Bank of Japan (BOJ) untuk mengukur kekuatan ekonomi negara itu dan menentukan keperluan untuk kenaikan kadar tambahan.

BOJ menaikkan kadar faedah kepada 0.50 peratus pada Januari, tertinggi dalam 17 tahun. Ia menandakan keyakinannya bahawa kenaikan gaji akan mengekalkan inflasi stabil pada sekitar sasaran dua peratus.

Sementara itu data gaji pada Disember menunjukkan gaji terlaras inflasi meningkat 0.6 peratus tahun ke tahun hasil peningkatan bonus musim sejuk.

Pegawai kerajaan turut menyatakan keyakinan bahawa momentum kenaikan gaji semakin meningkat.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI