(FOTO AFP)
KIEV, 14 Jun- Ukraine kehilangan 25% tanah pertanian susulan pencerobohan Rusia, terutamanya di bahagian selatan dan timur.
Timbalan Menteri Pertanian Ukraine, Taras Vysotskiy berkata meskipun kehilangan satu perempat kawasan pertanian, namun keselamatan makanan negara tidak terancam.
Hasil pertanian pada tahun ini lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk.
(Penduduk membersihkan serpihan di flat mereka, di sebuah bangunan kediaman yang sebahagiannya musnah
akibat serangan udara malam di bandar Bakhmut, Wilayah Donetsk pada 13 Jun 2022/AFP)
Ini berikutan tahap penggunaan yang merosot, ekoran perpindahan dan penghijrahan penduduk secara besar-besaran.
"Walaupun kehilangan 25% tanah pertanian, penanaman tanaman tahun ini adalah lebih daripada mencukupi untuk memastikan makanan kepada penduduk," kata Vysotskiy dalam satu sidang media.-AFP