PARIS, 19 Oktober- Menteri kehakiman Perancis berikrar untuk membanteras “para pelawak kecil” di sebalik amaran bom palsu yang menimbulkan huru-hara di lapangan terbang dan tapak pelancong pada Rabu.
"Ancaman serangan" melalui e-mel digabungkan dengan satu bagasi yang ditinggalkan di lapangan terbang Nice,mencetuskan amaran keselamatan.
Ia mencetuskan pemindahan di beberapa lapangan terbang termasuk Lille, Lyon, Nantes, Toulouse dan Beauvais berhampiran Paris, yang membawa kepada kelewatan berjam-jam.
Keadaan telah kembali normal di semua lapangan terbang pada awal petang.
Pada minggu lepas, Louvre di Paris turut menerima ancaman bom dan Palace of Versailles menerima ancaman bom sebanyak dua kali.
Menteri Kehakiman Eric Dupond-Moretti berkata "pelawak kecil" di sebalik amaran palsu akan ditemui dan dihukum.
"Mereka akan ditemui, mereka akan dihukum dan ibu bapa mereka akan dikehendaki membayar balik kerosakan yang telah mereka lakukan" jika mereka di bawah umur, katanya.
Perancis kini diletakkan di bawah amaran keganasan tahap maksimum susulan insiden seorang pemuda menikam seorang guru dan mencederakan tiga yang lain di sebuah sekolah di Arras pada Jumaat.
Pada Isnin, sekolah itu turut menerima ancaman bom. AFP