fb fb fb fb fb

Perancis hantar 500 anggota tentera ke Romania, perkukuh NATO

(Komuniti Ukraine di Montreal, Quebec mengadakan bantahan dihadapan kedutaan Rusia pada 25 Februari, menggesa penghantaran tentera NATO ke Ukraine/AFP)

PARIS, 26 Februari- Perancis akan menghantar 500 anggota tentera ke Romania sebagai sokongan kepada pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO); susulan pencerobohan Rusia ke atas jirannya Ukraine.

"NATO telah memutuskan untuk memperkukuh penglibatan juga sebagai tanda solidariti jelas dan strategik, menugaskan tentera di Romania,” kata Ketua Staf Tentera, Thierry Burkhard kepada Radio France Internationale dan France24.

"Kami akan menghantar kira-kira 500 anggota dilengkapi kenderaan berperisai”.

Jelasnya, Perancis juga akan mengekalkan anggota tenteranya di Estonia yang bersempadan dengan Rusia dalam waktu terdekat.

Memandangkan “perang di Ukraine, kami memutuskan untuk mengekalkan kehadiran tentera daripada 200 ke 250 anggota termasuk kenderaan berperisai di negara Baltik itu," katanya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron sejak beberapa minggu lalu sudah sedaya updaya berusaha secara diplomasi bagi menghalang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Namun tidak dihiraukan, sebaliknya tentera Rusia terus berlegar di sempadan pada awal Khamis, disusuli serangan ke beberapa kawasan Ukraine.

Sejak konflik itu tercetus semula, sudah ratusan nyawa terkorban dan puluhan ribu penduduk Ukraine terpaksa mencari perlindungan. -AFP

 

Media Baharu