fb fb fb fb fb

Penyelamat, keluarga mangsa nahas pesawat China berkabung

(Ahli Majlis Negara China, Wang Yong tunduk semasa acara peringatan
yang diadakan di lokasi nahas pesawat China Eastern Airlines mengorbankan 132 mangsa/REUTERS)

NANNING, 28 Mac- Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.

Pasukan penyelamat bertafakur selama tiga minit sambil bunyi hon kedengaran bergema di seluruh kawasan pergunungan di daerah Tengxian, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China.

Di samping itu, keluarga mangsa turut sama berkabung.

Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China menuju Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi, pada 21 Mac.

"Kami tidak mempunyai apa-apa selain kesedihan. Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan 123 penumpang dan sembilan anak kapal pesawat China Eastern Airlines Penerbangan MU5735 telah terkorban.

(Siren dibunyikan sebelum bermula upacara peringatan diadakan di lokasi nahas  untuk memperingati kematian
132 orang yang terlibat dalam kemalangan itu di Daerah Tengxian/REUTERS)

"Kami amat sedih dengan kehilangan 132 nyawa dan bersimpati kepada keluarga mangsa," kata timbalan komander yang juga timbalan ketua Pentadbiran Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 357 ahli keluarga mangsa diberikan kaunseling psikologi setakat tengah hari Ahad.

Pasukan bantuan psikologi terdiri 99 profesional itu juga bertanggungjawab memberi kaunseling kepada anggota penyelamat. –BERNAMA


Media Baharu