fb fb fb fb fb

Bahasa Melayu:Pengajian ditawarkan di Uzbekistan sejak 2014

TASHKENT, 27 Mac - Usaha memperkasa Bahasa Melayu tidak hanya berkisar dalam negara.

Sebaliknya ia juga diperhebat di pentas antarabangsa.

Justeru, tidak mustahil apabila sebuah universiti di Uzbekistan menawarkan pengajian Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar kedua.

Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Hendy Assan berkata pengajaran Bahasa Melayu di situ selari dengan aspirasi Perdana Menteri untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat global.

Kerjasama dua hala sektor pendidikan Kuala Lumpur - Tashkent menjadi tunjang ke arah mencapai hasrat tersebut.

(Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Hendy Assan)

"Banyak juga Universiti awam dan swasta Malaysia yang telah mula buat perbincangan kerjasama dengan Universiti di Uzbekistan termasuk di masa hadapan, kemungkinan
untuk menubuhkan cawangan mereka di Uzbekistan," katanya kepada RTM.

Subjek Bahasa Melayu ditawarkan Uzbekistan State World Languages University, Tashkent sejak 2014.

Guru Bahasa Melayu, Erkin Bekkuluv berkata Dua daripada pelajarnya pernah dinobat johan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada
2019 dan 2021.

(Guru Bahasa Melayu, Erkin Bekkuluv)

"Sastera melayu, orang melayu kan suka berpantun kan dan berbalas-balasan,kalau ada majlis perkahwinan, nikah ke itu juga mirip dengan sastera sini kan.

"Budaya hampir sama dengan budaya sini. orang Uzbek sini menghormati ibu bapa kami, orang malaysia juga sama hormat dengan ibu bapa," katanya.

Pada 2018, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI menerajui usaha pengembangan Bahasa Melayu di Uzbekistan dengan tertubuhnya Pusat Bahasa dan Kebudayaan Melayu UPSI di Tashkent.

Media Baharu