fb fb fb fb fb

Kotak hitam kedua pesawat China terhempas ditemukan

(Kotak hitam  berbentuk silinder dan berwarna oren ditemui pagi Ahad/AFP)

BEIJING, 28 Mac- Kotak hitam kedua pesawat China Eastern yang terhempas, minggu lalu telah ditemui, menurut satu kenyataan rasmi pada Ahad.

Kini masanya bagi penyiasat mengumpul bukti bagi mengenal pasti punca pesawat Boeing 737-800 berkenaan yang jatuh lebih enam ribu meter dalam tempoh lebih seminit.

"Kotak hitam itu yang berbentuk silinder dan berwarna oren ditemui pagi Ahad.

"Penyiasat di lokasi mengesahkan ia adalah kotak hitam yang merupakan menyimpan rakaman dan data penerbangan bagi membantu menyiasat punca sebenar nahas."menurut Zhu Tao, Pengarah Keselamatan dan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), kepada pemberita.

Katanya, kotak hitam kedua berkenaan mengandungi data seperti kelajuan, ketinggian dan arah pesawat.

"Walaupun bahagian perakam lain rosak teruk, unit storan data kelihatan agak sempurna dan masih dalam keadaan baik serta telah dihantar ke makmal profesional untuk dinyah kod", kata Zhu.

Zhu berkata, penggerak tanah membantu dalam operasi di lereng gunung, yang diliputi oleh hutan tebal di kawasan pergunungan di sekitar tempat nahas.

(Pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran disebabkan lokasi nahas
di kawasan hutan tebal dan  pergunungan tanpa akses bagi laluan kenderaan/AFP)


Katanya, namun usaha pencarian dan menyelamat berdepan kesukaran disebabkan hujan lebat, memaksa pasukan keselamatan menangguhkan kerja menyelamat bagi mengelakkan risiko tanah runtuh dan memburukkan operasi di kawasan pesawat terhempas.

Kotak hitam pertama sudah ditemui Rabu lepas, dilengkapi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan Pesawat MU5735 milik China Eastern Airlines itu yang terhempas Isnin lalu. -AFP

Media Baharu